Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 18 Disember 2014

KUKU TOMPOK PUTIH???

 MANFAAT YANG BAGUS BANYAK TERDAPAT PADA MAKANAN HARIAN KITA JIKA KITA PANDAI MEMILIH MAKANAN YANG BETUL...DI SINI ADA ANTARA MAKANAN YANG BERI MANFAAT DAN MUDARAT PADA KITA..

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MAKANAN



SAINTIS percaya bahawa buahan dan sayuran berwarna ungu mampu membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimers masalah jantung dan kanser...








KUNYIT HIDUP MAMPU BERTINDAK sebagai ejen detoks yang baik...ia juga mampu menjadi ejen mencegah bakteria yang terbaik...untuk itu,tumbuk kunyit dan jadikan bancuhan bersama air suam...minum diwaktu pagi...



Makanan yang mengandungi 'tryptophan' seperti pisang,kurma,tuna,bijirin bergandum penuh dan roti mil penuh mampu membantu anda mendapat tidur yang lebih lena...



KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA FLAVANOID dalam koko mampu meransang penghasilan 'nitric oxide' yang membantu meransang aliran darah ke jantung,otak dan organ dalaman yang lain...


PENUHI RASA LAPAR anda sementara menunggu waktu hidangan utama dengan snek sihat yang ringan seperti kacang badam,walnut,coklat hitam (70% mestilah dari koko asli),lobak merah,salad atau buahan dari kumpulan beri...



SATU KAJIAN PADA 2009 mengatakan bahawa meminum teh hitam mampu membantu menyerap kandungan gula yang berlebihan dalam darah...teh hitam atau black tea ini mengandungi kira-kira 50mg kafein dalam secawan...




MAKANLAH BADAM jika mahu cepat kurus!Itulah hasil kajian terkini yang di laporkan di dalam Journal of Obesity...jadikan badam sebagai snek di dalam rutin diet rendah kalori anda untuk penyusutan berat yang sihat serta mampu membantu mengurangkan risiko sakit jantung...

KURANGKAN MAKANAN BERGORENG dan berminyak kerana makanan sebegitu tinggi kalori serta lemak...lemak berlebihan di dalam tubuh mampu melambatkan proses penghadaman yang juga akan mengakibatkan rasa pedih ulu hati,berangin dan sembelit...

MAKANAN SEGERA masih menjadi makanan bukan pilihan walau apa pun nutrisi yang ditawarkan...ini kerana makanan segera bukan sahaja tinggi kalori tetapi tinggi lemak dan juga kandungan garam dan gula...makan makanan segera lebih dari dua kali seminggu,akan meningkatkan risiko anda diserang diabetes...




KUKU YANG MUDAH PATAH dan timbul bintik-bintik putih adalah kesan kekurangan zat besi...dapatkan keperluan yang secukupnya dengan meminum susu,menikmati telur separuh masak saat bersarapan dan sesekali nikmati daging panggang...




BIJIRIN BERGANDUM PENUH (wholegrain) perlu mengandungi sekurang-kurangnya 5gm serat bagi setiap semangkuk sajian...




BUAH PIR TINGGI KANDUNGAN SERAT khususnya 'pectin' dan vitamin A...pectin membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan seterusnya membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh yang disebbakan oleh persekitaran...



PURATA KANDUNGAN LEMAK BAGI SEKETUL KEPAK AYAM GORENG bersaiz sederhana adalah 90gram...!!!

PILIHAN BIJAK ditangan anda!!!
Nak sihat jadikan makanan harian anda dari sumber yang sihat...bukan kandungan lemak,kolestrol yang tinggi..ia akan mengundang penyakit sahaja...jika anda merupakan anak kepada ibu bapa penghidap penyakit 3 serangkai,anda perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan harian anda...

Sekian perkongsian saya untuk manfaat bersama...cara pemakanan yang sihat akan memberikan anda kehidupan yang lebih bermanfaat...

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan