Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 11 Disember 2014

TIPS MENJAGA KESIHATAN HATI

MAKANAN TERBAIK UNTUK HATI...

TAHUKAH ANDA diet dan cara hidup seseorang mempengaruhi dan memberi impak yang besar terhadap kesihatan hati...Ini kerana hati yang sihat adalah kunci pada kehidupan yang harmoni...terletak pada bahagian tengah badan manusia...hati mempunyai tugas yang pelbagai untuk menstabilkan sistem tubuh badan kita dan ia sepatutnya menjalankan tugas itu dengan sempurna...hati juga berfungsi sebagai penapis yang baik dalam sistem tubuh kita..."menghapuskan dan memisahkan segala apa yang kita makan,termasuklah bahan-bahan yang berkemungkinan mengandungi toksin seperti alkohol,pencemaran dan juga dari makanan tambahan...
Berikut beberapa cara untuk menjaga hati kita...

MAKANAN BIJIRIN
-makanan yang tinggi nutrisi dan antioksidan..ia terdapat pada labu,bunga matahari dan bijan memberi manfaat kepada hati kerana mengandungi omega 3 dan omega 6 yang membantu pemulihan sel membran yang rosak

UBI BIT
-boleh ditemui di Greece hingga Syria mengandungi agen bioaktif betaint dimana kajian klinikal dari Universiti Maryland telah menemui dan mendapati breetroot dapat melindungi hati dari sebarang penyakit...cara yang terbaik dan paling berkesan melalui jus...ia juga boleh diawet dan dijadikan sebahagian daripada diet anda

ELAKKAN LEMAK TIDAK BAIK
-lemak trans dan tepu meletakkan hati di bawah tekanan dalam memainkan fungsinya dan boleh menyebabkan penyakit hati berlemak dan sirosis...untuk mengelakkan lemak tepu,pilih daging merah yang tidak berlemak dan elakkan daging yang diproses...boleh juga memilih keju rendah lemak...Lemak trans ialah lemak yang tidak tepu yang berfungsi serentak dengan lemak tepu dalam proses penghidrogenan...minyak sayuran berhidrogen pada dasarnya merupakan istilah yang digunakan lemak trans,dalam pembungkusan makan termasuk kerepek atau biskut

KEKAL HIDRASI
-minum air 2 liter sehari membantu badan mengeluarkan toksin dari badan..selain itu,meningkatkan jumlah air yang anda minum apabila bersenam atau banyak berpeluh...

UBATAN
-sesetengah ubat memberi kesan yang negatif terhadap hati jika dos yang diambil berlebihan..contohnya PARACETAMOL diambil dalam dos yang normal tidak mendatangkan sebarang kesan..namun jika pengambilannya lebih daripada sepatutnya boleh menyebabkan hati rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik...antibiotik dan ubat merendahakan paras kolestrol boleh menyebabkan inflamasi hati terhadap pesakit

INI LAH ANTARA TIPS UNTUK MENJAGA HATI KITA...jangan sampai sudah kronik...akan membahayakan organ yang lain juga...jom jaga hati kita kerana berat tugasnya...
Sakit hati pun bahaya tauuu

Akan bersambung lagi part 2 ya...kita jumpa lagi di entry akan datang...
Sekian terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan