Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 4 Disember 2014

RESEPI KEK BATIK CHEEZE

Hai...!!!Hai...!!!
Assalamualaikum....kembali lagi ke ruangan bakar membakar...hihihi...verangan kan macam chef...kali ni saya nak kongsi resepi yang kakak saya buat iaitu RESEPI KEK BATIK CHEESE...dengar je cheese mesti sedap kan...bagi penggemar cheese la...saya pun memang suka makan makanan yang ada cheese...boleh diterima tekak dan perut...

Sebenarnya kek ni memang dah lama orang buat cuma ditambah cheese...yang dibuat dengan biskut marie tu...dapat bayangkan tak???oklah jom kita tengok bahannya...



BAHAN-BAHANNYA
50g serbuk koko
100g milo @ vico
100g gula pasir
200ml air
100g mentega
2 biji telur
400g biskut marie-patahkan

CARA-CARA

Campurkan koko,milo,gula dan air dalam kuali
Masak dengan api perlahan,kacau hingga larut
Masukkan mentega,kacau sehingga larut
Kecilkan api,masukkan telur dan kacau sehingga pekat dalam 30 saat dan padamkan api
Masukkan biskut dan gaul sehingga rata dan biskut telah disaluti milo tadi
Padatkan ke dalam loyang yang dialas aluminium foil

LAPISAN CHEESE

250g Cream Cheese
1 biji telur gred A
2 sudu besar gula halus (boleh dikurangkan)

CARA PENYEDIAAN

Putar kesemua bahan sehingga kembang dan tuangkan keatas kek batik tadi
Bakar 160°C (api atas sahaja) selama 5 minit
Sejukkan diluar dahulu,barulah dimasukkan dalam peti ais
Potong dan hidangkan



Haa...mudahkan bahannya...caranya...boleh buat makan petang..sarapan...nanti kirang cuba buat ye...ala ala brownis gitu...

Oklah selamat mencuba...jangan lupa terjah blog saya lagi...terima kasih sebab sudi...sekian...nanti jumpa lagi diruanagan akan datang...

Wassalam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan