Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 29 Disember 2014

MAKANAN SUNNAH

MAKANAN SUNNAH???
ADAKAH FITNAH???

Hari ini lambakan makanan dengan mudahnya dilabelkan makanan sunnah sedangkan TIADA dalil yang sahih terhadap dakwaan tersebut.Ada jyga dikalangan umat Islam yang pandai-pandai mereka cerita bahawa Nabi saw tidak makan itu dan ini tanpa sebarang dalil.Lebih menyedihkan lagi,ramai yang percaya dan terpengaruh dengan dakyah sebegitu sehinggga ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit,serta mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Islam hanya semata-mata mahu mencontohi pemakanan Rasulullah saw...

Memang tidak dinafikan,ramai yang ingin mengikuti cara Rasulullah...Gaya hidup,akhlak beliau dan perwatakan belian menjadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya...Bahkan terdapat sebahagian para sahabat yang memeluk Islam hanya melihat akhlak dan cara hidup baginda.Maka benarlah firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud,"Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

Antara perkara yang menjadi ikutan ialah cara hidup Rasulullah dalam menjaga pemakanan...Nabi saw sangat prihatin terhadap sumber makanan yang bakal dimakannya...

PRINSIP PEMAKANAN NABI SAW:
BAGINDA saw tidak akan makan atau minum kecuali ia benar-benar halal.Ini kerana Allah swt daripada awal lagi menegaskan perkara ini dalam surah al-Mukminun ayat 51 kepada Nabi saw yang bermaksud,"Wahai para rasul,makanlah kamu semua daripada sumber makanan yang suci (halal) dan beramal solehlah..."

Dalam ayat lain pula dalam surah al-Baqarah ayat 168 Allah swt berfirman bermaksud "Wahai manusia,makanlah kamu daripada sumber makanan yang halal dan suci di muka bumi,janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana (syaitan) adalah musuh bagi kamu semua."
Semua ayat diatas menunjukkan bahawa umat Islam dilarang mengambil makanan-makanan yang bernajis,haram dan memudaratkan kesihatan.

PEMBETULAN TERHADAP MAKANAN SUNNAH YANG TIDAK BERASAS

-PERCAMPURAN ANTARA MAKANAN DARAT DAN MAKANAN LAUT
Untuk pengetahuan semua,tidak ada hadis sahih pun yang menunjukkan Nabi saw melarang atau tidak menggalakkan umat Islam mencampur adukkan antara kedua dua sumber makanan tersebut.Kedua dua makanan tersebut adalah halal dimakan dalam apa jua cara sekalipun selagi ia menepati syarat-syarat halal makanan seperti syarat penyembelihan haiwan darat dan tidak memudaratkan haiwan air (laut).Sehubungan itu,jika terdapat golongan yang mendakwa larangan itu sebagai salah satu daripada pemakanan sunnah,maka itu adalah satu FITNAH ke atas baginda Nabi saw...

-LARANGAN MEMAKAN BUAHAN BERCAMPUR ADUK DENGAN SUSU (KOKTEL)
Ini juga mitos yang tidak berasas samada ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah.Tiada sebarang dalil pun yang mengesahkan ,umat Islam tidak digalakkan untuk memakan buahan yang dicampur aduk antara satu sama lain.Asasnya,Islam daripada awal lagi telah menghalalkan semua jenis tumbuhan termasuklah buahan tanpa sebarang syarat selagi ia tidak memudaratkan.Ia dibenarkan makan dalam apa jua situasi sekalipun.

-CAMPURAN KISMIN DAN BEBERAPA JENIS KEKACANG MERUPAKAN MAKANAN SUNNAH
Seperti yang dimaklumkan semua tumbuhan dan buahan merupakan makanan yang halal dimakan tanpa syarat.Ada antaranya adalah makanan kesukaan nabi seperti tembikai,kurma,labu dan sebagainya.Namun begitu,tidak pula semua makanan tersebut menjadi suatu makanan sunnah yang mesti dimakan hingga mendatangkan pahala berganda berbanding tumbuhan lain.

Agak membimbangkan pada hari ini lambakan pelbagai produk makanan sunnah membanjiri pasaran tempatan.Ini termasuklah produk campuran buahan atau tumbuhan tertentu dan kemudian dengan mudah dilabelkan sebagai makanan sunnah yang perlu dimiliki.Kesemua dakwaan berkenaan agak samar dan kurang jelas daripada sudut dalil dan penghujahannya.

Sehubungan itu,nasihat saya kepada para pengguna disana agar lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan dakwaan yang tidak berasas.Tidak dinafikan,ada kalanya dakwaan tersebut mempunyai asas yang kukuh daripada Quran atau Sunnah dan berkemungkinan juga ia sunyi daripada dalil-dalil sahih.Oleh itu,banyakkan sumber bacaan dan bertanyalah kepada yang pakar supaya kita tidak terpedaya dengan dakwaan yang menguntungkan sebelah pihak...

Allahuakhbar...jika salah dikatakan,akan jatuh fitnah...Justeru itu,kita kena banyak membaca dan bertanya...itulah lebih baik..Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi pengajaran pada kita semua...Alhamdulillah..amin..

Sekian,terima kasih...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan