Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

SELFIE

SELFIE :JANGAN SAMPAI GELAPKAN HATI

PADA awalnya,ramai yang terpengaruh sehingga boleh dikatakan,hampir setiap rakyat Malaysia dan dunia pernah berselfie.Namun sejak akhir-akhir ini perkara itu dilihat menjengkelkan...Ini kerana ramai yang mengambil gambar sendiri dalam keadaan tidak sesuai apatah lagi digayakan dengan memek muka yang bermacam-macam...

Hasil dari fenomena tersebut,ramai yang menyifatkan selfie juga salah di sisi agama,kerana dikatakan telah membuka aib sendiri...Namun,Dr.Suki ada pandangannya tersendiri...Ujarnya,selfie itu tidak salah kerana selfie hanya untuk menggambarkan perbuatan manusia dan niat untuk berbuat sedemikian...

Dr.Suki menjelaskan,jika menjadikan selfie sebagai tabiat bagi mengisi masa lapang,itu salah dan tidak baik untuk diri...Sepatutnya masa lapang diisi dengan banyak lagi perkara yang bermanfaat seperti menuntut ilmu,membaca,berzikir dan sebagainya...Selfie dibolehkan selagi mana tidak melanggar batas syarak...Namun,jika berselfie itu dalam keadaan mendedahkan aurat atau tidak ditutupi dengan sempurna,itu yang tidak boleh...

Nasihat Dr.Suki,manusia tidak boleh memjadi hamba pada alat teknologi...Sebaliknya menggunakan kecanggihan teknologi itu sebagai satu wadah untuk berdakwah kepada orang lain...Gunakan medium sosial media itu sebagai alat untuk menyebarkan maklumat dan kebaikan di bumi ini...Memuat naik gambar tiada salahnya,namun jangan sampai terikat dengan sifat jahiliah yang suka membangga diri...itu yang paling ditakuti...

"Di saat dunia semakun mencabar,terlalu banyak anasir luar yang boleh menguji iman seseorang Muslim...Lantas,jika perisai yang digunakan tidak kebal,kita akan terbabas...Namun jika perisai iman yang dididik itu kebal dengan rasa takut kepada keesaan Allah,maka ia akan menjadikan kita sebagai hamba yang lebih kuat dan taat dengan ujian yang dihadapi,"ujarnya....

Serba sedikit isu selfie saya kongsikan...petikan dari majalah Islam...sangat berguna pada kita...semoga apa yang yang dikongsikan ini,menjadi pengajaran baru pada kita...wallahua'lam...
Sekian...terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan