Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

TAKBIR DAN DOA

RASULULLAH MULAKAN DENGAN.....

Dari Ibnu Umar,katanya "Apabila Rasulullah saw telah berada di atas kenderaan hendak melakukan suatu perjalanan lebih dahulu baginda takbir tiga kali....Kemudian membaca doa sebagaimana berikut:"Subhanal ladzi sakhkhara lana hadza wa ma kumna lahu muqrinina,wa inna ila rabbina lamunqalibun.Allahumma inna nas-aluka fi safarina hadzal birra wat taqwa wa minal amali ma tardha.Allahumma hawwin alina safarana hadza wathwi anna bu'dahu.Allahumma antash shahibu fis safari wal khalifatu fil ahli.Allahumma inni a'udzubika min wa'tsa-is safari wa kaabatil manzhari wa su-il munqalabi fil mali wal ahli"
(Maha suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami dimana kami sesungguhnya tidak sanggup menguasainya dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.Wahai Allah,kami memohon kepada Mu dalam perjalanan ini bagi kami dan dekatkanlah kejauhannya bagu kami.Wahai Allah,Engkaulah teman kami dalam perjalanan dan pengawas bagi keluarga kami.Wahai Allah,aku berlindung dengan kebesaran Mu daripada kesulitan perjalanan daripada pandangan yang mengerikan dan daripada bencana harta dan keluarga setelah kembali)...Ketika pulang baginda baca doa itu sekali lagi dengan tambahan ayat:"Aayibuna taaibuna aabiduna lirabbina hamidun"...(Kami kembali,kami taubat serta menyembah Tuhan dan memujiNya...

PERJALANAN ITU SETENGAH SEKSAAN

DARIPADA Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda "Perjalanan itu merupakan setengah seksaan...tidurmu berkurang...begitu juga makan dan minum.Kerana itu,bila urusanmu telah selesai,segeralah pulang pada keluargamu..."Hadis Riwayat Muslim

Inilah bermulanya serta berakhirnya perjalanan Rasulullah saw...DOA merupakan pegangan yang digenggam baginda...Bagaimana pula kita???Adakah kita juga berdoa padaNya???Berdoalah pada Allah swt...sesungguhnya Dialah yang akan mengkabulkan segala permintaan kita...TAWAKAL...USAHA...

SEKIAN,TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa untuk entry kali ini...

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan