Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 16 November 2014

BUKAN NYANYUK TAPI ALZHEIMER

INSIDENS kerap kehilangan cermin mata,lupa jalan pulang,percakapan yang berulang-ulang,dan lupa barangan yang hendak dibeli di kedai merupakan perkara biasa yang dialami oleh warga emas dan jarang sekali diambilpeduli oleh individu sekeliling mereka...sering dianggap nyanyuk dan tanpa disedari,keadaan lupa yang dialami oleh insan kesayangan kita ini sebenarnya mungkin merupakan petanda awal terjadinya penyakit Alzheimer iaitu sejenis penyakit penurunanfungsi saraf otak yang agak progresif dan kompleks...






APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA:

Lupusnya daya ingatan atau memori secara perlahan-lahan..pada peringkat awal,pesakit mungkin sedar yang dirinya bertambah lupa tetapi tidak dihiraukan atau disedari oleh ahli keluarga kerana sangkaan yang masalah muda lupa adalah perkara biasa dikalangan warga emas...

  • kemerosotan daya ingatan (tidak mampu mengingati perkara yang baru dilakukan)
  • kerap bertanya soalan yang sama/percakapan yang berrulang-ulang
  • perubahan tingkah laku
  • sesat atau lupa jalan balik
  • emosi tak menentu-bersikap agresif,gemar menjerit dan berkelahi
  • tidak peduli tentang kebersihan diri-lupa untuk mandi dan sebagainya
  • hilang perasaan malu-membuka pakaian dihadapan orang lain
  • suka merayau keluar rumah
  • psikosis-halusinasi dan delusi
  • halusinasi-pesakit nampak atau mendengar apa yang orang lain tak nampak dan dengar
  • delusi-kepercayaan yang tak benar yang tak mampu diubah...contoh:pesakit mengatakan anaknya memberi dia makan racun atau tidak memberinya makanan
  • pesakit juga sukar untuk tidur,rasa gelisah dan sering ketakutan jika ditinggalkan sendirian


PADA PERINGKAT SERIUS:


  • Tidak lagi mengenali ahli keluarga,rakan-rakan dan tempat tinggal
  • membuang air dimerata-rata tempat
  • mempunyai masalah makan,tidur dan bertutur
  • tidak mampu bergerak sendiri atau menguruskan diri sendiri

FAKTOR CENDERUNG KE ARAH ALZHEIMER

  • Umur:60 tahun keatas namun ada juga kes berumur 50-an tetapi tidak ramai
  • Ginetik/keturunan:jika kedua-dua ibu bapa menghidap,risiko dua kali ganda berbanding orang biasa
  • kemurungan yang tidak dirawat
  • kecederaan kepala/otak
  • Golongan wanita-kerana wanita jangka hayat lebih tinggi berbanding lelaki
  • penghidap penyakit sindrom down
  • penghidap penyakit parkinson
  • pengambilan alkohol berlebihandan penyalahgunaan dadah diusia muda
  • penghidap kronik penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis
  • penyakit angin ahmar yang terjadi berulang kali

JIKA ADA IBU BAPA ATAU SESIAPA SAHAJA AHLI KELUARGA YANG ADA TANDA-TANDA DIATAS,bawalah mereka berjumpa pakar  psikiatri atau kaji saraf (neurologi).Pesakit akan menjalaniujian kecerdasan otak,darah dan radiologi bagi mengesan kehadiran penyakit ini...pesakit akan diberikan ubat-ubatan bagi memperbaiki simptom penyakit....



Sebelum terlambat...usaha untuk merawat penyakit ini...demi orang kita sayang...berkorban apa sahaja wang..tenaga...masa...sementara mereka masih ada...renung-renungkan...


SEKIAN...WASSALAM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan