Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 7 November 2014

BAGAIMANA RUPA BAYI DALAM RAHIM BERUSIA 6-8 MINGGU

SAAT MENDAPAT BERITA YANG AKU HAMIL,AMATLAH BERSYUKUR...sama seperti wanita lain juga perasaannya...jom...saya nak kongsikan detik-detik permulaan kehidupan anugerah terindah ini....ciptaan yang Maha Esa...


SEPANJANG 8 MINGGU pertama kehamilan bayi akan berkembang daripada satu sel pada waktu dikandung,kepada janin yang mulai berupa manusia...


6 MINGGU PERTAMA

1)KIRA-KIRA minggu ke lima hingga minggu keenam...EMBRIO terapung di dalam pundi berisi
   bendalir...EMBRIO mempunyai otak yang ringkas ,tulang belakang dan sistem saraf utama...

2)EMPAT lubang cetek muncul pada kepala...ini akan terbentuknya mata dan telinga bayi...mulai 
   mempunyai sistem penghadaman,mulut dan rahang yang awal

3)PERUT dan dada sedang berkembang..jantung boleh dilihat sebagai satu bonjolan besar di
   bahagian hadapan dada....pada penghujung minggu ,jantung ini akan mulai berdegup...

4)SUATU sistem saluran darah sedang terbentuk dan empat tunas kaki dan lengan yang kecil telah 
  terbentuk...


SAIZ KIRA-KIRA 6 MINGGU

Panjang: Embrio kini 6mm (1/4inci) panjang,sebesar saiz biji buah epal



    


MINGGU KETUJUH

1)KEPALA kelihatan besar dan membongkok ke dada...muka mulai terbentuk walaupun mata 
  terletak pada tepi kepala dan masih tertutup..pigmen hitam kelihatan di bawah kulit yang meliputi
  kedua-dua mata...

2)KEDUA-DUA tangan dan kaki dengan belahan pada hujung jelas kelihatan...belahan ini kemudian
  menjadi jari kaki dan tangan...jantung mulai mengalirkan darah ke seluruh badan embrio...

3)GARIS kasar sistem saraf bayi itu telah hampir sempurna...sel tulang mulai berkembang...embrio
   mempunyai paru-paru,satu usus,satu hati,ginjal dan organ seks dalaman tetapi semuanya belum
   terbentuk dengan sempurna...


SAIZ KIRA-KIRA 7 MINGGU

Panjang: Embrio itu kini 1.3cm (1/2inci) panjang,sebesar kira-kira saiz sebiji anggur kecil


7 MINGGU
  


MINGGU KELAPAN

1)KINI embrio boleh dipanggil JANIN...yang bermakna "yang muda"...semua organ dalaman utama
  telah berkembang walaupun masih berbentuk ringkas dan mungkin tidak dalam kedudukan akhir...

2)MUKA telah dapat dikenali...hidungnya selolah-olah mempunyai satu hujung...lubang hidung telah
   terbentuk...kedua-dua rahangnya telah bersambung untuk membentuk mulut..lidah juga telah 
   terbentuk...

3)BAHAGIAN dalam kedua-dua telinga yang bertanggungjawab dalam keseimbangan dan 
   pendengaran terbentuk...jari tangan dan kaki semakin jelas walaupun disambungkan oleh selaput 
   kulit...

4)LENGAN dan kakinya tumbuh semakin panjang manakala bahu,siku,pinggang dan lutut dapat 
   dikesan...bayi bergerak ke sekeliling dengan agak kerap,namun anda masih belum dapat merasa 
   merasa pergerakkan itu...


SAIZ KIRA-KIRA 8 MINGGU

Panjang: Kini bayi 2.5cm (1inci) panjang,sebesar kira-kira saiz sebiji strawberi





SEBELUM itu,ada 5 peringkat perlu di lalui iaitu:

1)PENGOVULAN iaitu sekitar hari ke 14 dalam kitaran haid..satu daripada ovari akan menghasilkan
   telur matang untuk disenyawakan...

2)PERSENYAWAAN terjadi apabila sperma berjaya menembusi telur tersebut...

3)PENGAMBILAN SEL dengan serta merta akan mulai membahagi...sel-sel akan membahagi
   menjadi lebih banyak sel sepanjang perjalanan melalui saluran Fallopio

4)TIBA DI RAHIM pada hari keempat selepas persenyawaan...pada ketika ini telur telah berkembang
   menjadi satu bebola yang mempunyai kira-kira 100 sel..sel ini berongga dan mengandungi bendalir
   dibahagian tengahnya tetapi masih terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar

5)PENYEMAIAN pada penghujung minggu ketiga..telur yang tertanam di dalam lapisan rahim yang
   lembut dan tebal...ini dipanggil implantasi..apabila telur itu melekat dengan selamat pada lapisan 
   rahim,penghamilan menjadi sempurna...kemudian akan terbentuk plasenta @ uri,tali pusat dan
   membran yang melindungi bayi...


ALHAMDULILLAH...selesai perkongsian kali ini...nanti saya akan kongsikan lagi peringkat yang seterusnya...jangan lupa lawat entry saya yang lain...

KEPADA yang bakal bergelar ibu,tahniah saya ucapkan...jaga kandungan baik-baik...jaga pemakanan juga...

INGINKAN set untuk ibu hamil,menyusu dan pantang,boleh hubungi saya...

RAKAN SHAKLEE ANDA..
SALMI SAIDY
NO.TEL:0166337278/wassap
FB:salmi saidy
ID NO:1110255

COD:Shah Alam...pos seluruh Malaysia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan