KEKEJANGAN PADA IBU
HAMIL
TAK semua ibu hamil mengalaminya...dan tak semua setiap kehamilan akan berlaku kekejangan...mengikut pengalaman saya yang sudah melahirkan anak dua orang...lain-lain pengalamannya...
SAYA berpengalaman mengalami kekejangan kaki ketika
mengandungkan anak pertama saya MUHAMMAD KHALISH BIN SAIDY…seawal 6 bulan saya
mengalaminya…ia amatlah sakit dan mengganggu kerja harian saya walaupun hendak
berjalan kemana-mana…ia berlaku apabila berjalan dengan laju,akan berasa
ketegangan di betis belakang…’anak anjing’…orang utara panggil tarik
mengkarong….banyak namanya kekejangan ini…mari kita selidiki apa puncanya…
![]() |
GAMBAR HIASAN |
KEEKJANGAN ini berlaku sekitar trimester 2 & 3…ia
berlaku kerana asid yang terkumpul didalam serat otot yang membuatkan otot
menjadi kejang…apa sebeb ini berlaku???tidaklah diketahui….otot biasanya
menegang ialah otot betis…walaupun sakit dan berlanjutan selama beberapa
minit,ia tidak merosakkan tisu otot betis..
TEORI KEKEJANGAN BERLAKU
·
Kekurangan nutrien dan garam mineral seperti
kalsium atau magnesium dalam darah kita...
·
Kekurangan ini berlaku kerana bayi dalam
kandungan menyerap apa yang diperlukannya daripada badan ibu...
· Uterus (Rahim)semakin membesar memberi tekanan
ke atas salur darah besar pada kaki ibu
·
Serta hormon kehamilan iaitu PROGESTERON boleh
memberi kesan kepada otot kaki
·
Ia seperti berlari,bersukan atau sekadar
berdiri,boleh membuat otot letih,begitu juga kandungan yang sarat...
![]() |
GAMBAR HIASAN |
KETIKA saya diserang kekejangan kaki ini,saya berjalan
seperti robot…memang sangat malu dengan situasi itu…tapi apakan daya…hidup
harus diteruskan sehinggalah saya bersalin masih ada kekejangan…saya berjalan
seperti kaki diseretkan…macam kingkong pun ada…huhuhu...banyaklah tablet kalsium yang saya
minta pada doctor tapi tidak membantu…kerana masalah sebegini,perlu dilengkap
segala nutrisi sebelum kehamilan lagi…jika anda ada masalah ini,anda perlulah
bersedia dari semua aspek…dan bila kandungan berlaku,hanya boleh membantu
mengurangkan sakit dan kekerapan berlaku…
SEKIAN,untuk kali ini info yang saya harapkan memberi
manfaat pada anda…serta pengalaman saya sendiri….kita jumpa lagi di ruanagan
akan dating ye…terima kasin sudi menjengah ke blog saya…
WASSALAL AM…sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan