Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 16 November 2014

TIP MENGURUSKAN SAKIT BELAKANG

SAKIT BELAKANG MEMANG BIASA DIALAMI OLEH KITA...TAK KIRA UMUR...JANTINA JUGA...HAMPIR SEMUA ORANG MENGALAMI SAKIT BELAKANG YANG MENGGANGGU KERJA,AKTIVITI HARIAN ATAU REKREASI....

RAKYAT negara UNCLE SAM membelanjakan hampir RM159 bilionsetiap tahun bagi mengatasi masalah tulang belakang...ia juga merupakan penyebab utama ketidakupayaan berkaitan pekerjaan dan penyumbang utama ketidakhadiran (kedua selepas sakit kepala)


BAGAIMANAPUN sakit tulang belakang akan hilang dalam beberapa hari..ada juga sampai beebrapa minggu...ini dikenali sebagai sakit tulang belakang akut..tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan,ia boleh berubah lebih serius...sakit tulang belakang dikatakan serius bila berlanjutan sehingga 3 bulan...




TIPS MENGURANGKAN SAKIT TULANG BELAKANG


  • Amalkan cara hidup sihat dengan senaman 15 hingga 30 minit sebanyak tiga hingga lima kali seminggu
  • kekalkan berat badan ideal
  • dapatkan ubat tahan sakit jika kadar kesakitan kronik
  • kurangkan aktiviti lasak jika mengalami simptom sakit belakang
  • gunakan tilam dan bantal yang sesuai bagi menampung tulang belakang anda
  • gunakan alatan sokongan lumba
  • berjalan laju atau berenang selama 30 minit setiap hari mampu meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti
  • lakukan regangan sebelum bersenam atau melakukan aktiviti lasak 
  • jangan membongkok
  • sewaktu berdiri atau duduk..ketika berdiri seimbangkan badan berat badan
  • tulang belakang memberikan sokongan terbaik apabila anda berdiri tegak
  • di rumah atau pejabat,pastikan ruang bekerja sesuai dengan ketinggian anda
  • BERHENTILAH MEROKOK kerana ia mengurangkan kadar pengaliran darah ke bahagian bawah tulang belakang menyebabkannya mengalami DEGENERASI


TANDA-TANDA SERANGAN

  • Ketegangan pada otot tulang belakang
  • sukar atau sakit semasa membengkok
  • merasa kebas dibahagian belakang pinggang sehingga ke kaki dan slip disc
  • dalam kes yang lebih serius,ia boleh mengakibatkan kelemahan pada otot-otot kaki di mana berlaku pada tekanan saraf

PUNCA-PUNCA

  • Banyak punca sebenarnya yang berlaku secara tidak sedar
  • kebanyakkan berkaitan dengan masalah postur badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti
  • membaca sambil meniarap atau duduk terlalu lama di hadapan komputer
  • kecederaan semasa bersukan,kemalangan dan proses penuaan
  • punca yang paling biasa adalah ketika seseorang itu mengangkat sesuatu barang yang berat dengan cara yang tidak betul menyebabkan tulang belakang menerima kadar tekanan tidak sekata..akhirnya menyebabkan kesakitan berlaku  di zon tulang belakang


TAK HAIRAN LAAA...ramai orang dewasa mengalami sakit ini...setiap hari berdepan dengan kerja sepanjang siang harinya...dirumah lagi...melakukan kerja harian seperti mengangkat barang...juga tidak lupa ibu yang menyusukan anak..juga mengalaminya..saya juga mengalaminya semasa menyusukan anak kedua saya...sakit yang tidak tahu nak jelaskan...fuuhhhh...so,jagalah postur badan anda yee...kalau dah sakit,memang susah nak buat kerja lain...

TERIMA KASIH kerana sudi menterjah entry kali ini...berkongsi adalah lebih baik kan...
sekian...wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan