Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 20 November 2014

ANTARA GOLONGAN YANG DOANYA MUSTAJAB part 1

DOA merupakan satu ibadat yang dituntut...ia juga merupakan kunci utama bagi umat islam untuk meminta bantuan Allah swt...amalan berdoa berperanan  sebagai jalan seseorang itu untuk meminta hajat dan dikabulkan..juga diminta dibuka pintu rezeki,pintu kelapangan dan dihindarkan musibah atau diselamatkan daripada kejadian tidak diingini..Said bin Ali bin Wahf Al-Qahthaani berkata dalam buku tulisannya Syuruth Ad-Du'aa' wa Mawaani' Al-Ijadah Fii Dhauil Kitaab wa As-Sunnah berkata;"sesiapa sahaja yang telah memenuhi syarat-syarat serta memperhatikan adab-adab dan mengejarwaktu-waktu mustajab dan tempat-tempat utama tersebut makadia termasuk orang yang dimakbulakn doanyaoleh Allah swt.InsyaAllah"...

Menerusi hadis-hadis Rasulullah saw terdapat beberapa golongan yang doanya dimakbul oleh Allah swt...antara ciri-cirinya adalah:


GAMBAR HIASAN

DOA ORANG YANG DIZALIMI
Ini membuktikan betapa hebatnya kuasa doa golongan yang dizalimi walaupun dia seorang fasik...oleh itu,setiap umat Islam hendaklah sentiasa menjaga hak asasi insan yang lain..samada Muslim  atau non-muslim agar kita tidak menzalimi pihak lain


GAMBAR HIASAN BERMUSAFIR

DOA SEORANG MUSAFIR
Bagi mereka yang sedang bermusafir dengan tujuan yang baik seperti menziarahi sanak saudara,mencari rezki,urusan dakwah atau menuntut ilmu merupakan suatu bentuk perbuatan yang disukai oleh Allah swt dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah swt
Dari Abu Hurairah r.a berkata,bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah swt secara langsung iaitu doa orang yang dizalimi,doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)


GAMBAR HIASAN HORMAT IBU BAPA

DOA IBU BAPA
Justeru itu,ibu bapa harus mendoakan kebaikan anaknya dan kepada anak-anak pula janganlah menderhaka kepada ibu bapa masing-masing...


GAMBAR HIASAN

DOA SEORANG MUSLIM UNTUK SAUDARANYA SESAMA MUSLIM YANG BERADA JAUH
Diriwayatkan dari Abu Darba r.h daripada Nabi saw baginda bersabda:"Tidaklah seseorang hamba muslim berdoa untuk saudaranya yang jauh melainkan malaikat akan berkata:"Bagimu seperti yang engkau doakan."(Hadis riwayat Imam Muslim)...Hadis ini membuktiakn betapa mulianya doa seorang muslim buat saudaranya di tempat yang lain..jauh darinya sehingga doanya InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah swt...



INILAH antara golongan manusia yang doanya mustajab...kita sebagai umat Islam haruslah meminta dan berdoa pada pencipta kita...kerana janji Allah pasti...akan dimakbulkan dan diterima oleh Nya...
dengan syarat mematuhi semua adab-adab berdoa...dengan berdoa,jiwa akan tenang..seolah-olah kita membuang tekanan persaan...

SEKIAN entry kali ini...silalah melawat entry saya yang lain...
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan