Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 14 November 2014

ATASI TEKANAN DENGAN BEBERAPA CARA

HOBI YANG BERMANFAAT


SEMUA orang ada hobi kan??tak kira lah apa pun..yang penting seronok..boleh hilangkan tekanan...tenang...fokus...mahu hilangkan stres sememangnya mengganggu ketenangan hidup...ia bukan sahaja menghilangkan tumpuan bahkan 'mencuri' tenaga positif yang ada dalam diri...Menariknya,hobi dipercayai berkesan untuk melegakan ketegangan yang dihadapi...berikut adalah enam hobi yang dipercayai sangat membantu...




BELAJAR BAHASA ASING
  • Mempelajari bahasa asing adalah hobi yang menyenangkan dan bermanfaat.Ia bukan sahaja membantu perkembangan otak malah anda menjadi lebih mudah menyelesaikan tugas-tugas yang rumit
  • Belajar bahasa asing tidak semsetinya anda harus membaca buku yang tebal atau melalui guru khas.anda juga boleh menonton filem,mendengar lagu atau bercakap dengan orang asing melalui laman sosial


BERMAIN VIDEO GAME
  • Penelitian menunjukkan bahawa bermain game boleh meningkatkan kemampuan pergerakan tangan dan mata...ia juga dapat meningkatkan kemampuan anda untuk membuat keputusan penting dalam hidup
  • Disebalik yang mengatakan game memberi pengaruh buruk bagi perkembangan fizikal dan mental,ada penelitian yang memberi beberapa manfaat seperti:
  1. MENINGKATKAN KETERAMPILAN
  • Pemain yang tegar akan mengingatkan tahap dari game yang dimainkan..bahkan mereka akan cuba memperbaiki rekod atau masa yang mereka buat dalam setiap game..cara ini dapat meningkatkan prestasi dan keterampilan seseorang..demikan menurut penelitian dari Universiti Roshester 
     2.  MENGATASI TEKANAN
  • Bermain game dapat membantu mengatasi tekanan yang anda hadapi.Ini kerana,game mengaktifkan sistem saraf yang dapat mengurangkan tekanan dalam diri anda
     3.  LEBIH FOKUS
  • Penyelidik dari universiti Rochester mendapati dengan bermain game,ia boleh membuatkan seseorang itu lebih fokus pada sesuatu perkara

*WALAUbagaimanapun,pilihlah game yang tidak mengandungi kekerasan dan yang lebih mendorong anda untuk menyelesaiakan sesuatu masalah serta mencari penyelesaiannya...




UJI MINDA DENGAN PUZZLE
  • GAME yang boleh meransang otak..dan dapat beri kepuasan bila sudah lengkap susunan
  • PUZZLE dapat membuatkan kita mudah menyelesaikan masalah,walau serumit mana pun jika setiap hari anda bermain


MEMBACA...BACA DAN BACA
  • BIASA dengar tapi tidak semua menggemarinya..sedangkan membaca dapat membantu anda lebih fokus dan menambah pengetahuan
  • sekurangnya buatlah target bacaan buku dalam setahun dan cari bahan bacaan yang anda suka


MENGUMPUL DUIT SYILING
  • Mengumpul barang berharga juga amat menyenangkan,melatih kita agar lebih sabar dan menghargai setiap koleksi yang dimiliki..
  • ia juga membantu anda mengembangkan kemampuan berfikir dengan lebih teliti dan peka


BERMAIN ALAT MUZIK
  • MUZIK salah satu hobi penyembuh dan membuatkan hati lebih baik..pilihlah alat muzik yang memerlukan kos yang banyak dan mampu untuk membelinya..apa yang penting,dapat mengekspresikan perasaan anda dengan muzik tersebut.


NILAH ANTARA HOBI YANG KORANG BOLEH MANFAATKANYE...
ASALKAN HOBI ITU TAK MEROSAKKAN DIRI YE..


SEKIAN..ASSALAMUALAIKUM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan