Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 27 November 2014

RESEPI ROTI JALA CICAH KUAH KARI AYAM

Assalamualaikum...wbt...
Salam sejahtera...

Hai uollss...kali ni ku nak share resepi roti jala dengan kuah kari ayam...mmm...kalau nak gantikan dengan kari daging pun boleh...takde masalah...roti jala ni boleh dimakan pada waktu pagi..sebagai sarapan....petang...minum petang lah ye...



Roti jala ni memang kegemaran sebab bentuknya yang lain dari lain dan susah nak jumpa diluar...bulan ramadhan baru ada kan...buat sendiri,baru puas nak makan...hihihi...lebih makan la tu kan...kontrol sikit...oklah..jom terjah bahannya...

BAHAN-BAHAN

  • Tepung gandum
  • air 
  • garam
  • serbuk kunyit
  • 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Tuangkan tepung dan bahan yang lain dalam bekas atau besen kecil
  • gaul atau kacau sampai likat
  • masukkan dalam blender
  • blender sampai nampak halus
  • kalau cair sangat,boleh tambah tepung
  • kalau pekat sangat,boleh tambah air
  • jika sudah sebati semuanya,letak tepi
  • tuang sedikit minyak masak dalam mangkok kecil
  • tisu yang digulung dan diikat pada lidi dengan getah sebagai alat untuk sapu pada kuali nanti
  • panaskan kuali dan sapu minyak tadi
  • dah panas,gunakan alat untuk menjala kuih jala
  • masak dalam 2,3 minit,angkat
  • letak dipinggan,terus digulong
  • teruskan sampai habis
BAHAN KUAH KARI AYAM
  • Ayam
  • rempah kari (saya campur rempah dengan rempah kurma)
  • Bawang kecil dan bwg putih dihiris
  • 1 batang serai diketuk
  • ubi kentang
  • bawang besar dipotong enam
  • tomato
  • air
  • garam
  • bahan perasa
  • susu cair(nak pakai santan pun boleh)
  • minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang-bawang tadi dan serai
  • dah layu,masukkan rempah yang telah dicampur sedikit air(pes)
  • tumis sampai naik bau dan pecah minyak
  • masukkan ayam dan air,masak selama 10 minit
  • masukkan ubi dan bawang besar
  • masak selama 10 minit lagi atau sampai ubi lembut
  • masukkan garam dan bahan perasa
  • masukkan susu cair
  • masak sampai mendidih
  • tutup api,boleh lah dihidangkan
Mudah dan senang nak buat..bahan pun senang nak dapatkan...macam saya,masak kari ayam untuk makan dengan nasi...kalau nak makan dengan roti jala sahaja,boleh je masak isi ayam yang dipotong kecil...


Haaa..taraaa..da siapkan..mudah...pantas!!!
Korang jangan lupa buat tau...sedappp sehingga menjilat jari..hihihi
haipp...sopan sikit..huuu

Oklah..sampai sini ok kongsi resepi yg sedap ni...wahhh perasan...takpe..korang try la dulu.."try and error"...praktis make perfect...kikiki...spiking london...

SELAMAT MENCUBA!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan