Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 17 November 2014

RESEPI BEGER MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM...selamat petang uollsss..rini nak saya nak share resepi BEGER MALAYSIA...MINI BEGER...PAU SAMBAL...macam-macam la namenya...takpelah name apa pon..yang penting sedappp...hingga menjilat jari...ahhakkkk

Meh ler kite ke dapur...tgok bahan-bahan apa yang ada untuk penyediaan kuih yang banyak nama ni...hihihi..resepi ni same je ngan bahan-bahan buat kuih donat..cuma bentuknya bulattt gtuuu...dan dibelah tengahnye selepas di goreng...dan diletak sambal ikan bilis...nyuummmm
jom-jom...


BAHAN-BAHAN

500gm tepung gandum(saye pki 250gm je...dapat dalam 25 biji)
210ml air suam*
2 sudu marjerin..(pakai minyak masak pon bole tapi tak brape gebus)*
1 sudu teh garam*
3 sudu susu tepung..nak guna susu pekat pun bole)*
3 sudu besar gula(kurangkan kalau tak nak manis)*
1 bungkus mauripan (11mg)*
sedikit air sejuk peti ais (guna bila adunan belum lembut)

*bahagi 2 jika guna tepung 250gm


CARA PENYEDIAAN

1.masukkan susu,gula dalam air suam...kacau sampai larut..baru masukkan mauripan.
2.masukkan tepung,garam dalam mangkuk..dan buatkan lubang ditengahnya...masukkan marjerin..gaul sama rata...

3.tuangkan mauripan tadi..dan uli semua sampai menjadi doh
4.uli lagi sampai sehingga doh lembut..jika belum lembut masukkan air sejuk sikit dan uli lagi..
5.bila da lembut,canaikan dan bulatkan sebesar bola pingpong
6.da 5 minit..donat tadi da kembang..bole la di panaskan minyak...goreng dalam minyak  yang banyak untuk tenggelamkan ..goreng dengan api yang perlahan


NOTAJARI:
>ULI sampai tak melekat di tangan
>Tips goreng  agar tidak menyerap minyak yang banyak,JANGAN diterbalikkan selalu
>Kalau nak frozenkan ,cukuplah dimatikan yis dengan menggoreng sekejap je
>Pas angkat,sejukkan dan belah


BAHAN-SAMBAL IKAN BILIS

  • 3 hingga 4 genggam ikan bilis,perisi buang perut dan tulang...cuci dan kisar kering,kasar-kasar
  • bawang kecil 2-3 biji dihiris
  • bawang putih 2-3 biji dihiris
  • bawang besar 1 biji dihiris
  • 6 sudu besar cili kering yang sudah direbus dan bikisar
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit perasa 
  • minyak masak untuk menumis
  • air kosong
  • timun

CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak masak
  • tumiskan bawang kecil dan bawang putih
  • masukkan cili kisar
  • tumis sampai pecah minyak
  • masukkan ikan bilis tadi
  • air sedikit
  • masak dalam 10-15 minit
  • masukkan bawang besar
  • jika kering,tambah air sedikit lagi
  • letak gula,garam dan bahan perasa
  • masak sehingga kering
  • tutup api

***SUDAH SIAP GORENG,sejukkan barulah dibelah...dan diisi dengan sambal ikan bilis tadi...jangan lupa timunnye yeee...

SELAMAT MENCUBA UOOLLSSS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan