Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 7 November 2014

TAZKIRAH....

MANUSIA KELEKATU...


SUATU malam yang gelap dan sunyi sepi,keluarlah KELEKATU entah dari mana menuju ke satu tempat terang yang bercahaya....begitulah sifat kelekatu yang sangat taksub pada cahaya...Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah...DAN yang pasti setiap kali terkaman ke arah cahaya pelita itu dilakukan,maka setiap kali itulah satu demi satu kelekatu tersungkur di tepi pelita yang bercahaya itu...


MASIH tidak putus asa...rakan-rakan yang lain terus mencari ruang untuk mendekati cahaya api pelita sekalipun ramai dikalangan mereka tewas dan binasa,bertaburan menyembah bumi...terus dan terus mencari ruang....Bahang api pelita yang tidak menggerunkan...kini...hanya tinggal seekor lagi berlegar-legar mencari peluang untuk menunjukkan aksi terkaman ke arah cahaya pelita itu...


WALAUPUN tahu ancaman di hadapannya namun keseronokkan mengelilingi api pelita membuatkan ia lupa segala-galanya...mengejar dimana lagi cahaya...Soal bahaya tolak ke tepi...lantaklah...yang penting,seronok mengelilingi cahaya yang sedikit pun tidak menjamin keselamatan....


TERNYATA keseronokan yang dicari akhirnya menjerat diri...seekor kelekatu yang berterbangan ,tersungkur dek kepanasan api pelita...tamat sudah riwayatnya...




APAKAH kita sama seperti kelekatu???

Sekali pun tahu rokok itu bahaya...dadah juga membahayakan diri,namun masih mahu mengambilnya...sekali pun tahu arak itu haram dan membinasakan,namun masih mahu meminumnya...!!!

SEKALI pun tahu solat itu satu tuntutan,tapi masih mahu meninggalkannya...ambil ringan...!!!??

SEKALI pun tahu puasa itu wajib tetapi masih mahu mengingkarinya???

TANYA pada diri,apakah kita mahu diri kita ibarat kelekatu??tersungkur dan tersembam ke bumi hanya kerana mahu mengejar KESERONOKAN??


FIKIR-FIKIRKAN...lah...kejadian kelekatu,makhluk ALLAH swt yang dikurniakan kepada kita sebagai satu PERINGATAN!!!Apakah kita mahu mensia-siakannya???


"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan..Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwanya...DAN sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya..." (As-Syams:8-10) 




JUSTERU itu...turutlah perintahNYA...jika tidak kita yang binasa...
janganlah jadi seperti kelekatu..nak seronok sampai lupa perintah Allah swt...larangan pula diikutnya...adakah kita menempah neraka???
ISTIGHFAR...ZIKIR...boleh menenangkan diri...jiwa yang kosong...InsyaAllah...

SEKIAN untuk kali ini...jangan lupa melawat entry saya yang lain ye...terima kasih..
ASSALAMUALAIKUM wbt....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan