![]() |
UJIAN PAP SMEAR |
APAKAH ITU UJIAN PAP SMEAR???
MERUPAKAN ujian untuk memeriksa kesihatan servik atau pangkal rahim..ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel servik luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser....UJIAN ini boleh menyelamatkan nyawa anda...tidak perlu ubat atau bius...ujian ini diberi nama sempena dengan orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR.GEORGE PAPANICOLAOU
ADAKAH UJIAN ITU MENYAKITKAN??
*tidak menyakitkan
*jika anda merasa tegang semasa prosedur dijalankan,anda mungkinrasa tidak selesa.cuba relaks dan
tarik nafas panjang
SIAPAKAH YANG AKAN MENJALANKAN UJIAN INI??
*doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya...
WAKTU YANG SESUAI MENJALANKANNYA
*selepas kering haid
*tidak terdapat tanda-tanda jangkitan pada faraj seperti keluar lendir berbau dan demam
*pada hari ujian dilakukan tidak menggunakan sebarang ubat ubatan atau pewangi ke dalam faraj
*tidak melalukan hubungan seks sekurang-kurangnya 24jam sebelum ujian dilakukan
*jangan gunakan 'douche' atau gunakan 'spermicid'.perancang keluarga,kaedah halangan atau
penggunaan jeli 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan..bahan kimia aiani akan memberi kesan
pada kualiti sampel
*DALAM MASA DUA ATAU TIGA HARI UJIAN,KEPUTUSAN SAMA ADA PESAKIT DIJANGKITI ATAU TIDAKKUMAN VIRUS PAPILOMA AKAN DAPAT DIKESAN
![]() |
KANSER SERVIK YANG DIKESAN |
APAKAH SEBENARNYA YANG BERLAKU SEMASA UJIAN DILAKUKAN
*tanggalkan seluar dalam*berbaring diatas katil
*doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dslsm vagina
dengan lembut supaya servik boleh dilihat
*sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360 darjah) untuk mengambil sedikit sel
*sampel akan disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa dibawah mikroskopi di
mana laporan akan dibuat
*ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja
![]() |
SPEKULUM @ MULUT ITIK |
UJIAN INI ADALAH KESEDARAN KITA PADA DIRI SENDIRI..KALAU BUKAN KITA YANG MEMUPUK SIFAT INI,SIAPA LAGI...KITA PERLU MENGUBAH UNTUK LEBIH SIHAT...MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...
SEKIAN DARI SAYA..KITA JUMPA DI ENTRY AKAN DATANG YE..
ASSALAMUAKUM...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan