Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 13 November 2014

PERKEMBANGAN JANIN MENURUT AL-QURAN

ENTRY KALI INI MENGUPAS TENTANG PERKEMBANGAN JANIN MENURUT AL-QURAN


Firman Allah swt tentang perkembangan janin:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu sari pati (berasal) dari tanah..kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim),Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,lalu segumpal darah itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging,kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain.Maka Maha Sucilah Allah,Pencipta yang paling baik".
(QS.Al-Mukminun 12-14)


Allah swt telah menetapkan bahawa kejadian asal manusia adalah tanah..tanah terdapat dimana-mana dipermukaan bumi...para ilmuwan menganalisis tanah dan mendapatkan bahawa benda ini terdiri dari 18 unsur utama diantaranya OKSIGEN,KARBON,HIDROGEN,NITROGEN,MAGNESIUM,KALSIUM,FOSFOR,NATRIUM,YODIUM,dan lain-lain...kemudian mereka menganalisis tubuh manusia yang ternyata tersusun dari jenis unsur-unsur yang sama dengan susunan tanah dan juga berjumlah 18 unsur....

Dengan demikian muncullah hakikat pertama tentang kesesuaian Al-Quran dan ilmu pengetahuan yang tidak perlu diperdebatkan lagi KEBENARANNYA...

"Kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan di tempat yang kukuh (rahim),Kemudian Kami jadikan segumpal darah"..Kini kita bahas masalah"alaqah" atau "gumpalan darah" yang terdapat dalam ayat tersebut....


INFO

Seorang Profesor Canada,Keith L.More,ahli embriologi termasyhur yang menjawat sebagai ketua bahagian bedah dan embrio di Universiti Toronto,Canada dan ketua persatuan ahli-ahli embriologi Canada-Amerika,penulis,berkata bahawa bentuk embrio ketika mulai berkembang dalam rahim ibunya adalah serupa gumpalan darah..Tentang bentuk awal embrio yang berupa gumpalan darah itu,Keith L,More,menunjukkan hasil pemotretannya dengan sinar.

KETIKA diberitahu bahawa erti 'alaqah' dalam bahasa Arab adalah darah beku,dia terpegun dan tercengang..dia berkata bahawa keterangan Al-Quran bukan hanya memberi sifat dan gambaran yang mendalam tentang bentuk luar suatu janin,tetapi juga tentang proses penciptaannya..Dia berkata lagi bahawa dalam alaqah,janin tersusun dari darah yang tersimpan dalam benang-benang halus sehingga bentuknya menyerupai darah beku.

Berikut adalah seperti firman Allah swt:
"segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging:,melalui ultrasound nampak gambar begitu jelas menunjukkan bahawa pada fasa ini janin menjadi daging serupa lempung atau kemenyan yang dikunyah...bentuknya sama dan terdapat lubang yang menyerupai tanda-tanda geriji...

SELAIN ayat ini,Allah swt juga berfirman dalam ayat lainnya:
"Kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna".(QS.Al.Hajj 5)
DALAM ayat ini,Allah menjelaskan perkembangan janin dengan lebih perinci dari bentuk luaran sampai ke bahagian dalam...ketika janin yang berupa gumpalan daging dan mempunyai panjang sekitar satu sentimeter itu diambil dari rahim ibu lalu dibedah dan diperiksa dibawah mikroskop,maka dalam paparan itu bahawa komponen janin ada yang sudah terbentuk dan ada yang belum...

ITULAH serba sedikit info mengenai janin dalam rahim wanita...sungguh hebat ciptaan Allah swt...
dari sperma,ovum...jadi segumpal darah...seketul daging...lalu terbentuklah tulang-tulang...dan disaluti dengan daging...Allahuakhbar...Allah Maha Besar..



JANIN SEDANG BERKEMBANG




JANIN HINGGA KE BAYI
SEKIAN..ASSALAMUALAIKUM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan